Saturday, 9 August 2014

Ingat!, Seperti Bom Tangan

Apabila beberapa orang pekerja sebuah restoran nasi kandar menghadiri satu Seminar 
Kebakaran & Keselamatan di Penang, mereka melihat pegawai bomba membuat demonstrasi 
memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api (fire extinguiser) dengan begitu 
berminat sekali. 

"Cabut pin ini seperti mencabut pin bom tangan," pegawai itu menerangkan. "kemudian tekan 
di sini untuk mengeluarkan 'foam'nya." terang pegawai itu lebih lanjut. 

Tidak lama kemudian, seorang pekerja restoran nasi kandar berkenaan telah dipilih untuk 
mengawal kebakaran di tempat letak kereta. 

Disebabkan kegugupannya, dia terlupa untuk mencabut pin alat pemadam api tersebut. 
Pegawai itu kemudiannya memberikan klunya, "Ingat !, seperti bom tangan.". Seperti timbul 
satu keyakinan baru kepada pekerja restoran nasi kandar itu, ia pun dengan segera mencabut 
pin dan melontarkan alat pemadam api itu ke dalam kawasan kebakaran tersebut. 

Demikianlah adanya...
Read More ->>

Kalau sampai Ipoh

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun 
menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu 
bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di 
Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet 
sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.. 
"Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus 
bertanya-tanya. 

Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. 
nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam.. 
dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, 
"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan 
menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai 
kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, 
dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. 
semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di 
Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor 
Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun. 
Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia 
bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian.. 
bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun 
merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si 
anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju 
ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai 
di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh 
sudah sampai ya!" alu si anak pun membuka beg pakaiannya dan 
mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah 
kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama 
saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus 
ni!"
Read More ->>

Sakit jiwa

Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak. 

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang? 
Lelaki : Ya doktor. 
Doktor : Siapa kamu sebenarnya. 
Lelaki : Saya ini manusia doktor. 
Doktor : Ya ke? Bukan jagung? 
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor. 
Doktor : Kamu takut dengan ayam? 
Lelaki : Tidak doktor. 
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh. 
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan. 
Doktor : Apa dia? 
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia. 
Doktor : "??$$??"
Read More ->>

Loghat mana lebih munasabah?

Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan 
loghat pantai timur? 

Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah 

Bahasa Melayu standard: 
"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada." 


Loghat Utara (kedah): 
"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak". 

Loghat Pantai Timur (kelate): 
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok." 


KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah! 
Read More ->>

Fan Pages