Wednesday, 30 July 2014

Lawak Burger

Apa itu Burger ???

Soalan: Siapa yg mula mula buat burger? Org Melayu ke Org Putih?
Jawapan: Org Melayu le, kite yg mula-mul buat Burger Dale (Begedil)

Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa yg sekejap kat sini sekejap kat sana?
Jawapan: Burger Rack (Bergerak)

Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa kalau kau pegang nanti melekat2?
Jawapan: Burger Tar (Bergetah)

Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa yg boleh didengar?
Jawapan: Burger Ma (Bergema)

Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa yg boleh mencederakan?
Jawapan: Burger Load (Bergelut)

Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa yg boleh buat kau macam nak jatuh?
Jawapan: Burger Gar (Bergegar)

Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa yg buat kite ketawe?
Jawapan: Burger Luck (Bergelak)
Read More ->>

Lawak Askar dan Orang Asli

dipendekkan cerita...

Ditepi sebatang sungai, ada 3 orang asli yang sedang asyik menghisap rokok surya.. datang la seorang Askar yang kelaparan dan mahu menangkap ikan di dalam sungai tersebut.

askar itu pun kemudiannya menghampiri 3 orang asli itu untuk memberitahu yang hajatnya mahu menangkap ikan di dalam sungai itu

..Yer la kan..Kena la minta izin dulu..Mane la tahu ada buaya dalam sungai tu..haha..

Askar : Tok..Banyak tak ikan dalam sungai ini???

Belum sempat askar itu nak tanya soalan yang ke-2,orang asli itu menjawab dengan slumber..

Orang asli : Entahlah..kalau encik nak tahu pergi la turun kira...
Kuikuikui Kuikuikui Kuikuikui
Read More ->>

Lawak Tandas

Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, aku singgah sekejap di KLCC. Ada sesuatu untuk aku beli.
Ketika aku sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. Masuk saja ketandas, aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi yang disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara,
“Haa, camna sekarang ?”
Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga, “Ok gak ler”. Kemudian suara tu bertanya lagi,

“Kau nak gi mana ni??”
Iskk… Aku mula rasa musykil… tapi aku balas, “Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit”
Lepas itu suara tadi bertanya lagi, “Bila kau nak gerak??”. Aku selamba jer kata, “Lepas aku sudah ni, habis beli aku chow la”.

Dalam ati aku berkata2.. mcm mana org sebelah ni boleh kenal aku.. siapa dia ni sebenarnya.. baru jer aku nak bertanya... Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata

“Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya soalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

Moral: jangan menyampuk time orang bercakap dan jgn bercakap masa berak... hehehe
Read More ->>

Lawak Oda Dan Isteri

Pada suatu ketika di Jepun hiduplah seorang lelaki yang sederhana, namanya Oda. Ia memiliki seorang isteri yang sangat cantik dan sangat disayanginya.
Namun sang isteri mempunyai perangai yang buruk, iaitu teramat cerewet sekali.
Selain itu sang isteri tersebut juga suka mengumpat dan bercakap dengan kuat hingga boleh menyakitkan telinga. Jiran tetangga tidak mahu dekat dengannya. Sebenarnya, Oda sangat menyayangi isterinya itu, tapi para tetangganya yang merasa terganggu menghasut Oda supaya meninggalkan isterinya itu.
Akhirnya Oda pun termakan kata-kata tetangganya. Ia berfikir bagaimana cara untuk melenyapkan isterinya dari muka bumi.
Suatu hari Oda mengajak isterinya berjalan-jalan ke kuil tua di tengah hutan. Ketika melalui bahagian belakang kuil tersebut, Oda melihat sebuah perigi buta yang tak digunakan lagi. Maka ia berpura-pura mengajak isterinya melihat burung di pohon besar dekat perigi itu. Lantas dengan pantas Oda menolak isterinya itu masuk ke perigi.

Sepuluh minit pertama Oda merasa sangat bahagia kerana sepanjang hidupnya baru kali ini ia merasakan suasana yang begitu tenang tanpa celoteh isterinya.
Sepuluh minit kedua, Oda mulai merasa sepi juga karena tidak biasa dengan kesunyian.
Akhirnya sepuluh minit ketiga dengan rasa ragu-ragu Oda kembali menuju perigi buta tersebut. Ia menurunkan tali timba dan berteriak menyuruh isterinya naik.
Begitu terkejutnya Oda ketika yang naik bukan isterinya melainkan makhluk menyeramkan dengan bulu lebat di seluruh tubuhnya, dialah makhluk penunggu perigi buta itu.
Oda lantas bertanya, “Kenapa kamu yang naik??”
Lantas makhluk itu pun dengan wajah pucat ketakutan menjawab, “Aku takut la, di bawah tu ada manusia… dah la cakap kuat,cerewet pulak tu…”
Read More ->>

Lawak Payung Terjun

Sebuah pesawat yang membawa 5 org penumpang telah mengalami kerosakan enjin dan tinggal masa utk terhempas . malangnya hanya ada 4 beg payung terjun sahaja di dalam pesawat tersebut.

penumpang pertama berkata....

"aku Datuk Lee Cong Wei. Malaysia amat memerlukan aku dalam kejohanan All England."
... lalu dia pun mengambil beg pertama dan terus terjun.

penumpang kedua pula berkata....

"aku mark zukerburg. takde aku, takde mukabuku. so biarkan aku hidup."
lalu mengambil beg kedua dan terus terjun.

penumpang ketiga muncul.....

"aku presiden Amerika Syarikat George W. Bush. Aku ada tanggungjawab untuk menjaga negara dan rakyat. tambahan pula aku seorang presiden yang terpandai dalam sejarah Amerika. Aku juga bla bla bla...
10minit berlalu, dia mengambil beg ketiga dan terus terjun tanpa menoleh kebelakang .
Penumpang keempat pula Osama Bin Laden berkata kepada penumpang kelima, seorang budak berumur 10 tahun. katanya :

"aku seorang muslim dan biarkan Allah sahaja yg menentukan nasib ku . kamu ambillah beg payung terjun tersebut dan selamatkan diri kamu.

lalu budak tersebut pun berkata ....

"jangan bimbang pakcik, ada satu lagi beg payung terjun untuk pak cik. presiden yang kononnya terpandai dalam sejarah Amerika itu telah terambil beg sekolah saya
Read More ->>

Fan Pages