Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.
Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : "??$$??"
Shorte.st
Feturepost
Aku Seekor Lalat
Tiba-tiba seekor lalat terbang dan masuk ke dalam buih Nescafe tarik aku. Menggelupur buat seketika sebelum terus senyap. Tak bergerak. M...
Popular Posts
-
Apa itu Burger ??? Soalan: Siapa yg mula mula buat burger? Org Melayu ke Org Putih? Jawapan: Org Melayu le, kite yg mula-mul buat Burger Da...
-
Tiba-tiba seekor lalat terbang dan masuk ke dalam buih Nescafe tarik aku. Menggelupur buat seketika sebelum terus senyap. Tak bergerak. M...


0 comments:
Post a Comment