Friday, 29 August 2014

Gangster

Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan 
dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan. 
Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada pendapatnya, 
tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut. 

Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000. 
Walaubagaimana pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia. 
Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya 
memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi 
dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat. 

Gangster : Mana wang tu? 

Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu... 
Sibisu menunjukkan isyarat untuk "Aku tak tahu apa yang mereka katakan." 

Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan 
pistol ke arah kepala si bisu. 

Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu... 

Sibisu menunjukkan isyarat "Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan 
di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk." 

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster, "Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah..."
Read More ->>

Taulah Akibatnya

"Suatu pagi... seorang lelaki pergi menemui doktor gigi untuk mencabut gigi grahamnya 
yang rosak. Badannya besar dan gagah tetapi sangat takut dengan jarum suntikan. 

Waktu si doktor mahu menyuntik... lelaki tadi berkata.."Doktor... tolong jangan suntik, saya takut!". 

Mengetahui pesakitnya jenis penakut lalu doktor menawarkan segelas air ubat penenang untuk 
diminum agar rasa takutnya berkurang. 

Lalu si doktor berkata... "Bagaimana, anda sudah lebih berani sekarang?". 

Lelaki menjawab... "Iya.. sekarang saya merasa lebih berani... Siapapun yang menyentuh gigi saya akan tau akibatnya..."
Read More ->>

Jangan Minum Dan Memandu

Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It happen 
at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru jer balik dari 
party, tak tahu how many glasses dia minum ler tapi memang dia betul-betul 
mabuk. So masa on her way home she got blocked from the police officer and 
asked for her driving license and so on but unfortunately at the same time 
tu, there was an accident happen a cross the road. Quite major jugaklah 
accident and the policeman leave her and rushed to the accident scene. 

So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat camne, she just ran off 
back to her car and head straight back home in Klang. So the next morning 
polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu tanya dia, "AWAK PEGI MANA 
MALAM SEMALAM?" 

Pompuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER." 
So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???" 

Pompuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER NGAN 
HOUSEMATE SAYA." 

So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP" 

Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??" 

Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg malam 
tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna putih (wira) 
cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. 

Tak pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun. 
Read More ->>

Dua Sahabat

Ada dua orang sahabat, mereka ni sangat akrab. Sorang bernama Hanif dan yang sorang tu bernama Tony. Mereka ni penghuni setia rumah tumpangan orang-orang gila. 

Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolam renang yang terdapat di rumah tumpangan itu. Tapi mereka berdua ni tak pandai berenang. Si Hanif berehat-rehat di bawah khemah manakala Si Tony tak habis-habis lari keliling kolam renang tu.

Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si Tony ni terus melompat kedalam kolam.... apalagi terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang setia, Si Hanif ni dengan pantas cuba menyelamatkan Si Tony. Fuh, nasib baik tak lemas. Memandangkan yang Si Tony tu dah basah kuyup dan kesejukkan, Si Hanif dengan pantas membalut kawannye tu dengan sehelai tuala lalu cepat-cepat membawanye ke dalam bilik mereka. 

Keesokkan harinye Si Hanif telah dikerahkan menemui orang atasan. Kira pegawai ler tu. Apabila melihat wajah Si Hanif beliau mula berkata, " Saya ada dua berita yang perlu saya beritahu awak. Yang pertama ialah berita baik, awak akan dibebaskan kerana awak telah dapat membezakan antara kecemasan atau tidak. Tindakan awak menyelamatkan Si Tony bermakna awak kini mempunyai pemikiran yang waras. Namun saya juga ada berita buruk untuk awak, teman baik awak telah membunuh diri. Pagi tadi saya diberitahu yang dia dijumpai didalam biliknya dengan lehernya tergantung. Dengan muka selamba di Hanif pun menjawab, "Tidak tuan dia bukan membunuh diri tapi saya yang gantung dia supaya dia cepat kering".
Read More ->>

Maaf Tuan

Kisah ni terjadi di sebuah kem tentera. Sepasukan penembak tepat sedang berlatih di lapang sasar. Salah seorang dari ahli pasukan tersebut, ada la sorang penembak yang paling lemah. Dari 10 tembakan yang dibuat, sekali pun tak kena sasaran. 

"Satu pun tak kena??? Argghhh!!! tension aku, apa nak jadi dengan kau ni???", sergah Kapten pasukan. 

"Sorry tuann!!! tersasar tuan!!!" balas penembak tu. 

"Takpe... takpe... saya akan dekatkan sikit sasaran tu ke jarak 5 meter, kalau tak kena jugak, dipersilakanlah untuk beramboss!!" 

Tapi yg sedih, sama jugak keputusannya, habuk pun tak kena, dengan muka selamba, penembak tu pun meminta maaf "Sorry tuann!!!! tersasar lagi tuan!!!". 

Kapten yang dah hot tahap megi hot cup tu pun menyergah "Kalau macam ni baik kau pergi mamposs!!!. Pergi belakang berek tu dan bedil kepala kau sekarang jugakkk!!" 

Kerana patuh dengan arahan, penembak tersebut pun pergi ke belakang berek. Kemudian terdengar bunyi tembakan dilepaskan. Seketika kemudian penembak tadi pun keluar lalu menuju ke arah tuannya. 

"Sorry tuannn!!!!! tersasar lagi tuannnn!!!!!"
Read More ->>

Burung Kakak Tua

Seorang suami yang baru pulang dari Luar negara membawa Burung Kakak Tua sebagai kenangan. 

Isteri : "Kenapa abang beli burung ni? istimewa sangat ke?" 

Suami : "Ooo.. awak nak tau ye?? 

Sambil mengangkat tangan kiri dan memainkan jarinya... secara spontan burung 
kakak tua itu menyanyi Lagu Pop... Lalu lelaki itu menurunkan tangan kiri dan mengangkat tangan kanan, burung kakak tua itu menyanyikan Lagu Rock pula... 

Isteri : "Bagaimana kalau kedua-dua tangan diangkat serentak?" 

Suami : "Cubalah lah angkat kalau nak tahu.. !!" 

Isterinya terus mengangkat kedua-dua belah 
tangannya dan terdengarlah... 

Burung Kakak Tua : "SATU-SATU LAH... BODOH!!!"
Read More ->>

Fan Pages