Sunday, 27 July 2014

Tip Jaga Phone

1. Jangan menggoyang-goyangkan HP semasa signal lemah atau tiada. Hal ini akan membuat si HP pening & mual..
2. Jangan charge HP anda terlalu lama (setelah bateri sudah full) Hal ini akan membuat bateri anda bunting/ melembung.. Jika itu terjadi, belum tentu anda mahu bertanggungjawab & sanggup menikahinya..
3. Jangan terlalu sering bermain game di HP.. Cubalah serius dengannya. Di dunia ini tidak ada yg mahu dipermainkan..seperti anda juga..
4. Jangan terlalu kuat memicit keypad atau skrin sesentuh HP anda. Jika ini berlaku, HP anda akan mengalami cirit-birit lalu tercirit.. 
5. Cucilah HP anda seminggu sekali agar bersih dari noda, bau & virus. Bayangkan jika anda tidak mandi seminggu.. Begitu juga dengan HP anda..
6. Pakaikan baju / jaket yang tebal pada HP anda. Hal ini akan membuat HP anda berasa lebih nyaman dan selesa serta tahan masuk angin..
7. Jangan terlalu sering mengisi topup kredit yang murah (RM5). Hal ini akan membuat HP anda berasa rendah diri. Semakin mahal semakin tinggi harga dirinya..
8. Gunakan Facebook bersubsidi (0.facebook).. Hal ini akan menjimatkan kredit HP anda..
9. Jangan penuhi HP anda dengan sms dari skandal atau pasangan curang anda. Jika kantoi, maka akan melayanglah nyawa HP anda (mungkin nyawa anda juga turut melayang).
10. Jika anda sedang stress, lemparlah HP pada tempat yang empuk / lembut. Hal ini akan mengelakkan HP anda dari patah hati/tulang belakang.
Read More ->>

Harta Pusaka

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : “Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek…” 

Rahmat : “Jangan cakap macam tu, nek…” (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung… dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : “Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek.”
Rahmat : “Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu… Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak    pernah tahu?”

Nenek : “Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya.”

Rahmat : “?????”
Read More ->>

Kisah Makhluk Asing Mendarat ke Bumi

Kelihatan dua makhluk asing sedang bersiap sedia untuk mendarat ke bumi.

"Kao dah siap barang barang untuk kiter pi bumi?" tanyer komander pader rakannyer. 

"Sudah tuan.. sumer sudah ready.. tinggal nak land je," jawab sorang lagik. 

"Ok bagus.. cumer tinggal satu lagik yang kiter nak kener bereskan sebelom mendarat," balas komander alien tu. 

"Oh ye ke? Aper tu, Tuan?" 

"Kiter kener turun menyerupai makhluk bumi... takkan kiter nak turun dengan ruper kiter camnie... nanti makhluk bumi tu mesti tangkap dan buno kiter," jawab komander alien tu. 

"Tapi tuan camner kiter nak menyerupai diorang paderhal kiter tak pernah nampak diorang?" tanyer sorang tu lagik. 

"Ah yang tu kao jangan bimbang...kiter land secara senyap senyap, pastu kiter sembunyik kat one corner, kiter tunggu makhluk diorang keluar, pastu on the spot kiter copy dan menyerupai diorang lah.." jelas komander.

"Wah bagus tu cadangan tuan, amat bernas sekali usulan itu." 

Mereka pun terus mendarat ke satu kawasan tanaman padi. Dengan senyap senyap mereka kuar dari spaceship dan sembunyik di belakang semak. Tak lamer kemudian mereka pun ternampak dua makhluk bumi di hujung sawah. Dengan menggunerkan teknologi terkini mereka pun menyerupai dua makhluk bumi. Mereka keluar dari tempat persembunyian dan berjalan ke arah dua penduduk bumi yang sedang bekerja. Kerana bentuk tubuh badan mereka yang samer, penduduk bumi itu tidak sedikitpun meraser hairan dengan kehadiran mereka. Mereka bersuara konon konon bertanyer arah jalan, tapi tidak dilayan.

Tiba tiba.. mereka terdengar bunyik riuh di belakang, mereka pun toleh dan nampak sekumpulan makhluk bumi yang lain sedang berlari ke arah mereka. Sementara itu makhluk bumi yang dua nie terus menghilangkan diri.

"Ah cepat... cepat... jangan kasi dia lari!!" seorang daripader makhluk bumi itu meneriak pader rakan rakannyer. 

Kedua dua makhluk asing ini tercegat. Mereka tidak tahu aper yang telah terjadi. 

"Ahhhhh dapat jugak! Kalao korang sumer nak tahu inilah dua ekor kerbau liar yang asek makan padi padi aku.. Ok kiter bawak ke kampung.. kiter sembelih nie dua ekor kerbau."

Pak Salleh memberitahu orang orang kampung sambil mengikat leher kedua dua makhluk asing yang baghal.
Read More ->>

Kucing Perompak

Chot dan Chet baru je diberhentikan kerja sebab ekonomi meleset. Dua-dua orang tak tau apa nak buat dan camner nak cari rezeki utk mengisi perut mereka nanti. Tetiba Chet bagi idea, "Kita rompak rumah Pak Chat malam ni? Dia ada banyak duit dan harta kat rumah dia!"

Chot setuju dan akhirnya kedua-dua mamat ni berjaya menyusup masuk ke dalam rumah Pak Chat. Chot berminat dengan home theater system Pak Chat. Di angkatnya set tu satu-satu letak kat luar. Ntah camner, tetiba dia terjatuhkan mikropon ke lantai. Pak Chat yang tidur dalam bilik yang tak jauh dari ruang tamu tu terjaga dan menjerit, "Siapa tu?" 

Dengan tenang Chot menjawab, "Meeeeooooowww!!" 

Kemudian seluruh rumah senyap seketika. "Pak Chat dah tidor balik agaknya!" fikir Chot. Dia terus menerus sambung angkat set home system tu kuar rumah. Chet pulak sibok dok angkut set barang antik dalam almari Pak Chat yang tak jauh dari ruang tamu tadi. Tengah syok dok kaut barang-barang tu, Chet terjatuh kan satu mangkuk kaca, jatuh ke lantai dan bersepai. Kaca berselerakan.

Sekali lagi terdengar suara Pak Chat. "Siapa tu?"

Chet menjawab, "Ini kucing yang lagi satu!"
Read More ->>

Pak Pandir di MC D

Suatu hari Pak Pandir yang baru lepas dapat duit raya ingin makan di Mc Donalds. Bila dia sampai dia tak tahu nak order aper maklumlah tinggal terpencil di hujung kampung.

Sedang dia berfikir datang seorang lelaki lingkungan 30'an ditepinya... Ahmad namanya. Pak Pandir pun merancang untuk meminta seperti apa yang Ahmad minta.

Ahmad: "Bagi Big Mac satu.."
Pak Pandir: "Bagi Big Mac satu.." 
Ahmad: "Air. Bagi air coke yer.." 
Pak Pandir: "Air.. Bagi air coke yer.."

Ahmad pun menjeling pada Pak Pandir. Namun Pak Pandir buat tak tahu ajer.

Ahmad: "Ooo yer cik.. bagi ash-tray satu yer.." (masa tu Mc donalds buleh merokok lagi) 
Pak Pandir: "Ooo yer cik.. bagi ash-tray satu yer.."

Ahmad mula meradang lalu memarahi Pak Pandir.
Ahmad: "Hoi.. yang kau pesan sama macam aku tu kenapa hah.. Takder otak ker?" 

Nak tahu aper Pak Pandir jawab? lebih kurang begini: 
Pak Pandir: "Aper... kau ingat kau sorang jer ker makan ash-tray?!?" 

Ahmad yang marah tadi tiba-tiba menggeleng kepala dan terus berlalu dari situ..
Read More ->>

Fan Pages