Tuesday, 5 August 2014

Ubat Anti Gempa Bumi

Di satu kaki lima yang sibuk di sebuah kota, terdengar seorang penjual ubat sedang mempromosikan ubat jualannya.

Penjual ubat : Mari! Mari! Abang, adik, kakak, makcik, pakcik! Saya ingin memberitahu anda semua sesuatu. Sebentar lagi bandar ini akan dilanda gempa! Sekiranya anda semua mahu selamat, cubalah ubat saya ini! Nescaya anda tidak akan merasakan gempa bumi itu walau sedikit pun! Saya telah menjualnya di merata pelosok dunia dan setakat ini tiada yang merungut tentang kesahihannya! Cubalah! Bandar ini bakal dilanda gempa pada tepat jam 11.30 pagi nanti!!

Orang ramai yang lalu lalang di situ pun terpinga-pinga mendengarnya. Oleh kerana ada yang percaya apa sahaja boleh berlaku dalam dunia hari ini, mereka pun tanpa was-was berduyun-duyun membeli ubat anti-gempa tersebut.

Jam sudah hampir 11.30 pagi. Semakin ramai yang berkerumun untuk membeli ubat tersebut. Dalam ramai-ramai itu adalah seorang pakcik yang tergesa-gesa membelinya kerana waktu gempa sudah semakin hampir. Pakcik itu dan mereka yang lain pun terus memakan ubat tersebut untuk mengelak dari merasakan gempa bumi yang bakal berlaku.

Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 pagi. Satu minit berlalu...dua minit berlalu.....hingga minit yang ke sepuluh, pakcik tadi pun berteriak kepada penjual ubat itu.

Pakcik : Eh! Dah lama dah ni! Mana gempanya? Awak tipu kami ya?

Penjual ubat : Haa! Kan betul apa saya kata! Pakcik tak merasakan apa-apa gempa pun kerana memakan ubat saya! Itu menandakan ubat saya sangat mujarab!!
Read More ->>

Letih Bekerja

Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :

Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku:

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang. 1.7 juta darinya sudah bersara. Jadi tinggal 21.3 juta orang.

Dari baki tadi 1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun. Jadi tinggal 20 juta orang.

Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej, Universiti dll).
Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja.
Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan. Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....

Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll).
Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini
berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).
Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....

Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara. Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...

Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku...

Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie...

Mana tak letih!!

Jadi sedarlah skit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!

P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2 Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku buat jugak.
Read More ->>

Penjaga Gol

Sebuah rumah sedang terbakar..... suasana cemas sekali. di jendela tingkat 2 kelihatan seorang ibu sedang mendukung anak kecilnya yang baru berusia 3 bulan sambil menjerit minta tolong.... api makin marak, bomba masih belum kelihatan.... orang ramai hanya sekadar menjadi penonton....

tiba-tiba seroang pemuda tampil dengan machonya lalu berteriak "Puan, campakkan anak puan itu ke bawah.... saya akan menyambutnya!!"

Ibu itu sangsi dan serba salah sekali.... campak atau tidak??

melihat keraguan itu pemuda tersebut berkata" Puan tak kenal ke saya?? Saya adalah penjaga gol bolasepak kebangsaan... pintu gol saya belum pernah dibolosi! saya boleh menyambut apa saja objek dengan sebarang kelajuan!"

tanpa berfikir lagi, ibu itu terus mencampakkan anaknya ke bawah... dan dengan penuh bergaya pemuda itu menyambutnya... anak itu selamat...

orang ramai bersorak dan bertepuk tangan....

DAN dengan rasa penuh teruja, pemuda itu melambungkan anak itu 2 meter ke udara dan menyepaknya 60 meter kedepan.....
Read More ->>

Kisah Unta

Seorang jemaah haji dari Indonesia teringin benar nak belajar tunggang unta ketika di tanah suci. Pak Arab yg jaga unta tu kata,

"mudah saja.Wak naik dibelakangnya, bila mau jalan, ucap saja 'alhamdulillah...' Bila mau berhenti, ucaplah 'aaamiiiiinnn'.

Wak pun setuju. Sebaik saja naik dibelakang unta, Wak pun ucapkan

"alhamdulillahhhh..."

Dan unta pun mula berjalan perlahan-lahan. Apabila sudah terasa seronoknya, Wak terus mengucapkan

"alhamdulillah"

berkali-kali dengan nadayang semakin riang dan pantas sehingga unta terus berlari deras. Tau-tau wak menyedari ada gaung yang dalam sudah dekat dihadapan. Dalam cemas, dia segera teringat pesan PakArab, lalu mengucapkan

"Amin! Amin!Amin! "

berulang kali seperti menekan emergency brake pada kereta dengan harapan unta itu berhenti sebelum tiba ke tebing.Akhirnya unta itu berhenti betul-betul di tebing gaung. Dengan nada yang sungguh lega dan dengan penuh kesyukuran, sambil mengurut dadanya, Wak segera mengucapkan

"alhamdulillahhhhhhh......."
Read More ->>

Mutu Yang Sengal

Suatu hari Mutu disuruh oleh bosnya untuk mengecat garisan putih di tengah jalan raya.

Hari pertama, Mutu mengecat sejauh lima kilometer.
Tapi hari esoknya dan hari-hari berikutnya, bos mutu menjadi pelik sebab jaraknya semakin pendek.

Hari kedua, mutu cat sejauh tiga kilometer.

hari ketiga, satu kilometer. hari keempat, setengah kilometer sahaja!

Mutu dipanggil ke pejabat dan bos bertanya," Dei, Tambi! apa pasal makin hari makin sikit lu cat itu jalan?" 

"Susahlah bos...sebab makin lama saya makin jauhlah dari itu tong cat."...
Read More ->>

Fan Pages