Friday, 1 August 2014

Kentut

Apakah jenis kentut anda?
ORANG TIDAK JUJUR
orang yang kalau kentut menyalahkan orang lain.

ORANG BANGANG
orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

ORANG BERWAWASAN LUAS
orang yang tahu bila harus kentut.

ORANG SENGSARA
orang yang ingin kentut tapi tak boleh kentut.

ORANG MISTERIOUS
orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada
yang tahu.

ORANG GUGUP
orang yang tiba-tiba nak menahan kentutnya bila
tiba masa nak kentut.

ORANG YANG PERCAYA DIRI SENDIRI
orang yang selalu mengira kalau kentutnya berbau
harum.

ORANG SADIS
orang yang kentut di ranjang terus dikibaskan
baunya ke ranjang orang
lain.

ORANG PEMALU
orang yang kalau kentutnya tidak bunyi lalu
merasa malu sendiri.

ORANG YANG STRATEGIK
orang yang menyembunyikan kentutnya dengan
ketawa terbahak-bahak biar
orang lain tidak dengar.

ORANG BODOH
orang yang kalau habis kentut menghirup nafas
untuk mengantikan
kentutnya
yang keluar.

ORANG PELIK
orang kalau bunyi kentut dikeluarkan sikit-
sikit, sampai bunyi
"tit-tit-tit".

ORANG SOMBONG
orang yang sering mencium kentutnya sendiri.

ORANG RAMAH
orang yang senang mencium kentut orang lain.

ORANG YANG TIDAK SENANG BERGAUL
orang yang kalau kentut sembunyi.

ORANG AKUATIK
orang kalau kentut di dalam air sampai
bunyi "blekuthuk-blekhutuk".

ORANG ATLETIK
orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga
dalam.

ORANG JUJUR
orang yang mengaku habis kentut.

ORANG PINTAR
orang yang boleh menandai bau kentut orang lain.

ORANG MALANG
orang yang nak kentut tapi terkeluar tahi..."
Read More ->>

Sam 'n' Dol

Kisah 1:
SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

Kisah 2:
SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

Kisah 3:
SAM: Tadi aku jumpa doktor, kena 20 ringgit.
DOL: Biasalah tu, "consulation fees".
SAM: Tapi aku jumpa dia kat bus stop!

Kisah 4:
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!

Kisah 5:
SAM: Kau celup lalat dalam air sirapkau Dol?
DOL: Kita kena buat cam tu kalau tak nak keracunan!
SAM: Itu kalau lalat jatuh dalam air, bukan bawa lalat dari rumah!

Kisah 6:
SAM: Macam tak caya kau dapat 200 markah dalam ujian lisan tu....
DOL: Susah apa... aku dah ambik ujian tu 20 kali.
SAM: campurkan semua markah , dapatlah 200 markah

Kisah 7:
SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

Kisah 8:
SAM: Kau nak buat apa dengan dawai penyangkut baju dalam kereta kau tu?
DOL: Manalah tau kot-kot aku tertinggal kunci dalam kerata, bolehlah aku gunakannya...
Read More ->>

Salah Tafsir

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

“Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini
kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral
itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak
menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.


“Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??”

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK…

p/s:penerangan mesti lebih jelas..bak kata p.ramlee "cakap biar terang" huhu
Read More ->>

Samy Vellu

Untuk memberi penghormatan terakhir untuk Dato Seri, aku nak kongsi beberapa famous quotes yang membuat orang Malaysia tepuk dahi dan terbantai gelak.

Samy Vellu memberi comment tentang pos laju "Besok kirim, hari ini juga sampai"
Dalam interview di TV, dia ingin meluahkan perasaan malunya "Ini perkara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat besar"
In a ceramah "Kita akan bina satu jambatan untuk orang-orang kampong di sini". Tiba-tiba satu pakcik menyampuk "Tapi kita takde sungai, buat apa bina jambatan" Dato Seri dengan bangga reply "Kalau takda sungai, kita bina sungai."
Semasa krisis air "Semua orang diminta jangan buang air!"
Dato Seri punya famous quote kalau toll naik "Toll naik sikit, banyak marah saya. You orang ingat semua ini toll saya punya bapak punya kah?"
Commenting on social problems "Orang-orang muda sekarang banyak suka hisap dade"
Sempena kempen derma darah "Marilah kita semua menderma dare"
Semasa kes Al Arqam di kemuncak "Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

Mengenai kepulangan Dr Sheikh Muzaffar, angkasawan negara pulang ke bumi "Kita rasa bersyukur kerana angkasawan kita yang telah meninggal dunia selama 10 hari telah selamat dikebumi"
Di sebuah majlis perasmian bangunan "Tuan-tuan dan puan-puan, saudara mara (sepatutnya saudara-saudari), sesudah semua orang makan kenyang, sekarang kita mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik ke pentas untuk membuka kain"

One of the goofiest jokes related to Samy Vellu:

Dato Seri said "Bagi saya, ini adalah satu pembaziran atas duit rakyat. Kita sepatutnya tidak hantar mereka ke bulan, tapi hantar mereka pergi matahari. Barulah USA, Russia respect sama kita. The jounalist replied "Tapi Dato Seri, matahari kan panas, macam mana mahu pergi?". Dengan cool nya Dato Seri reply "Itu pasal la u takda jadi menteri, saya sudah lebih 30 tahun jadi menteri, saya mesti ada penyelesaian. Kita jangan pergi siang, banyak panas. Kita pergi malam, baru ada sejuk"
Read More ->>

Teh Panas

Di suatu pagi yg menyinar..di warung kopi,terdapat seorang penduduk org asli yg ingin minum pagi di warung tersebut. apabila tuan warung ingin mengambil order..bertanyalah org asli ini.."berapa harga teh panas dan berapa pula harga teh sejuk"...jawab tuan warung.."teh panas RM0.70 ,teh sejuk RM 1.20..."..maka org asli tersebut meminta teh panas..

apabila teh panas telah sampai..cepat2 org asli tersebut meminumnya sampai habis....pelik tuan warung melihatnya....lalu beliau bertanya.."kenapa kamu minum terlalu cepat..tak rase panas ke..??"

jawab si org asli tersebut.."emm..mestilah kene minum cepat teh panas ni, kalau minum lambat nanti jadi teh sejuk, kene plak bayar Rm1.20..saya ada Rm 0.70 je.."..tuan warung pun tersengih...
Read More ->>

Fan Pages